Halaman

Ahad, 10 Oktober 2010

Murtabak durian. Anyone???

Korang pernah dengar pasal murtabak durian?? Mungkin pernah! Tapi aku pestaim dengar dan jumpa makanan spisis ni. Itupun selepas aku merayau2 ke Mydin Selayang tengahari tadi.

Niat di hati, nak cari murtabak daging brand Kak Nik, sekali terpandang murtabak durian, suddenly I've changed my mind! *wah, speaking tetiba*

Aku memang 'hantu durian'. Dah la sebelum nih memang dok cari2 buah durian, tapi malangnya dah abeh pon musim durian.

Bila terjumpa murtabak durian nih, rasa macam 'bulan bintang jatuh ke riba' gitu!!! Wah!!! Dasat kan penangan durian?

Sedap tak sedap, belakang kira. Yang penting, mesti mau choba!!! Kalau tak sedap, takyah beli dah. Tapi kalau sedap, leh buat stok simpan dalam peti es nanti. Ngee....

Korang boleh cari brand Kak Nik ni kat mana2 Mydin pon, kompem jumpa punyalah!!!

Gini la ghoper bentuk murtabak durian setelah dipotong2. Aku syak, durian tu dicampur2 dengan telur dan tepung dan dijadikan isi.

Owh ya, untuk pengetahuan, brand Kak Nik nih ada keluarkan pelbagai jenis murtabak.

Ada murtabak daging, ayam, kambing serta durian.

Range harga dalam RM6-RM7. Murah jek.

Aku pernah choba makan murtabak daging. Terbaek wok!!!!

Nak masak murtabak nih pon memang agak senang. Tak perlukan minyak ke hapa ke.

Apa yang perlu korang buat, keluarkan dari freezer, biarkan murtabak tu dah mula lembut tak beku, then campak jek dalam kuali panas. Panaskan sampai rangup.

Kalau ada microwave, lagi senang. Juz panaskan ikut suhu yang telah ditentukan (arahan cara menyediakannya ada disertakan).

Cukup mudah, senang dan ringkas!

Untuk orang2 bujang macam aku, frozen food kayak gini adalah 'sorga'!!! Daripada makan megi, baeklah makan mendalah ni, kompem kenyang beb!!!

Okes, komen aku untuk murtabak durian nih - MABELES!!! Sedap dowh!!! Terasa duriannya *walopon idak la rasa piyor durian sangat*.

Tetap la besh sebab dapat hilangkan rasa mengidam nak makan durian nih!

Tunggu apa lagik, yuk pakat2 terjah Mydin, beli murtabak durian nih!!!

Tiada ulasan: