Halaman

Isnin, 11 Oktober 2010

Saya mahu kurus! Korang???

Lately ni ramai orang tegur badan aku makin berisi, bulat, gumok, bla bla bla.... Huhuhu... Berdengung2 taw tinger ahkak nih menerima ayat2 sedemikian rupa! Isk!!!

Maka, di satu hari nan hening, aku telah membeli Losen Mustajab Extra Hot ni, dengan harapan dapat la mengempis dan menguruskan bahagin tertentu kat badan aku nih.

Setiap malam aku sapu losen nih ke badan aku! Memang hot btoi wooh!! I loikeeee....

Tentang keberkesanannya....Err..nanti aku koba eh? Aku baru pakai dalam 2-3 ari jek, itu pon ikut mood! Muahahaha....

Aku mau choba sapu kat bawah dagu, nak tengok samada simptom dagu berlapis aku nih berjaya dikurangkan ke atau tidak! Kalau berjaya, aku buat testimoni nanti k??? Ngeee....

Harga losen nih, aku beli yang paling besar cuma RM20.

Disebabkan sapu losen tu, keberkesanannya agak lembab sikit, being me yang memang tidak penyabar nih, aku telah membeli Pati Halia nih plak. Kena makan 4-6 biji kapsul sekali sehari, seblom tido!

Ni ari baru first day aku makan, so far aku cuma kena cirit-birit yang boleh terkawal la. Dedolu aku pernah makan pil kurus jugak (lupo dah brand apo), tapi pil tu bagi badan aku jadi panas dan cirit-birit yang keterlaluan la...Tak sanggup!!!

Aku akan cuba terus memakan pil nih sampai mencapai tahap piawaian berat badan yang bersesuaian dengan aku. Kalau berkesan, aku akan update lagik kat korang sumer!! Yang penting, aku akan buat testimoni untuk diri aku sendiri. Hehehe.....

Harga pil nih cuma RM18.90, aku beli kat Mydin Selayang. Ngee.....

Owh owh owh....Bukan setakat sapu serta makan ubat jek. Aku juga telah kembali menggali lemari aku untuk mencari set korset Premium Beautiful yang aku beli 4 tahun yang lepas (dan dah 2 tahun lebih aku tak pakai wooh).

Pagi tadi baru terkial2 mau pakai. Giler sendat! Sesak napas aku! Huhuhu... Tapi bila mengenangkan nak kurus punya pasal, tahan jugak la. Hahahaha.. (Dasar perempuan kan, sanggup seksa diri untuk nampak cantek).

Masa aku beli set korset nih, mahal giler wooh!!! Cecah RM2k ++... Tapi rasanya sekarang, korang boleh beli dengan harga ratusan ringgit jek, siap boleh bayar ansuran lagi, kan??

Korset nih bagus sebenarnya, boleh shapekan body kita. Takde la spare part sana sini. Cuma korang kena rajin pakai la. Jangan jadi cam aku nih, beli sanggup, pakai tak sanggup. Abeh camno?? Hahahaha.....

Ahad, 10 Oktober 2010

Aiskrim 1 Malaysia...

Resepi buat aiskrim nih aku dapat dari Kak Iza, ibu kepada kekasih cilikku. Takpe ye kak, saya pomot resepi akak nih kat blog?? Ngeee...

Aku nih bukan la pencinta aiskrim sangat! Aku cuma suka makan aiskrim Malaysia jek (alaaa....aiskrim yang panjang tu, ada aiskrim milo, asam masin etc etc).

Bila Kak Iza bitaw cara nak buat aiskrim nih, macam senang jek, maka aku pon mula la tanam angan2 nak buat jugak aiskrim nih. Mau choba2.




Bahan2 untuk buat aiskrim nih sangat mudah dan murah weih!! Koang cuma beli susu perisa ikut sedap tekak koang, dan beli coffee mate.

Bancuhannya, kalau 2 cawan susu perisa strawberry (contohnya), maka, coffeemate pon kena 2 cawan jugak.

Cara nak buat pon mudah.






Campurkan susu dan coffeemate, blend sampai agak2 berbuih, pehtu taruk kat freezer. Biar sampai agak2 beku sikit, pehtu kuarkan balik dan blend lagik sampai hancur dan berbuih.

Pehtu taruk la balik dalam freezer. Biar sampai keras.





Bila dah keras, apa lagik, makan la weih!!! Sedap wooh I tell you!!!

Tak yah bazir2 duit nak beli kat kedai yang dah sah2 masuk pelbagai bahan untuk buatkan aiskrim tu tahan lama, kan?? Baeklah buat sendiri. Lagi sedap dah sah2 jimat! Ngeee.....




Owh ya, kalau korang suka manis, boleh la tambah gula sikit. Cam aku yang agak kurang suka manis, campur dedua bahan di atas pon dah cukup ok dah.... Nyum nyum!!!!

Kak Iza, izinkan saya taruk nama aiskrim nih - AISKRIM 1 MALAYSIA yek??? Hahahahaha.....

Murtabak durian. Anyone???

Korang pernah dengar pasal murtabak durian?? Mungkin pernah! Tapi aku pestaim dengar dan jumpa makanan spisis ni. Itupun selepas aku merayau2 ke Mydin Selayang tengahari tadi.

Niat di hati, nak cari murtabak daging brand Kak Nik, sekali terpandang murtabak durian, suddenly I've changed my mind! *wah, speaking tetiba*

Aku memang 'hantu durian'. Dah la sebelum nih memang dok cari2 buah durian, tapi malangnya dah abeh pon musim durian.

Bila terjumpa murtabak durian nih, rasa macam 'bulan bintang jatuh ke riba' gitu!!! Wah!!! Dasat kan penangan durian?

Sedap tak sedap, belakang kira. Yang penting, mesti mau choba!!! Kalau tak sedap, takyah beli dah. Tapi kalau sedap, leh buat stok simpan dalam peti es nanti. Ngee....

Korang boleh cari brand Kak Nik ni kat mana2 Mydin pon, kompem jumpa punyalah!!!

Gini la ghoper bentuk murtabak durian setelah dipotong2. Aku syak, durian tu dicampur2 dengan telur dan tepung dan dijadikan isi.

Owh ya, untuk pengetahuan, brand Kak Nik nih ada keluarkan pelbagai jenis murtabak.

Ada murtabak daging, ayam, kambing serta durian.

Range harga dalam RM6-RM7. Murah jek.

Aku pernah choba makan murtabak daging. Terbaek wok!!!!

Nak masak murtabak nih pon memang agak senang. Tak perlukan minyak ke hapa ke.

Apa yang perlu korang buat, keluarkan dari freezer, biarkan murtabak tu dah mula lembut tak beku, then campak jek dalam kuali panas. Panaskan sampai rangup.

Kalau ada microwave, lagi senang. Juz panaskan ikut suhu yang telah ditentukan (arahan cara menyediakannya ada disertakan).

Cukup mudah, senang dan ringkas!

Untuk orang2 bujang macam aku, frozen food kayak gini adalah 'sorga'!!! Daripada makan megi, baeklah makan mendalah ni, kompem kenyang beb!!!

Okes, komen aku untuk murtabak durian nih - MABELES!!! Sedap dowh!!! Terasa duriannya *walopon idak la rasa piyor durian sangat*.

Tetap la besh sebab dapat hilangkan rasa mengidam nak makan durian nih!

Tunggu apa lagik, yuk pakat2 terjah Mydin, beli murtabak durian nih!!!